Tuesday, July 13, 2010

betul kata sotong....

apo nak dikato! pialo dunio habih dah! spain jadi juaro, belanda aku, kecundang lagi lopeh tigo kali mencubo! tahun '74 kalah dongan jerman, '78 kalah dongan argentina, 2010 kalah laie dongan spain! memang suwey boto la!

betul kata sotong! spain yang menang!

dan, itulah persepsi kebanyakan orang kita! suka percaya dengan ramalan! suka percaya dengan bomoh! mintak maap ye, aku ni bukan nak kecikkan sesiapa, tapi aku memang tak percaya dengan benda-benda merepek ni! say no to bomoh, dukun, telekan, ramalan, bagi aku semua ni khurafat! salah satu daripada tujuh dosa besar! tapi, rupa-rupanya masyarakat lain kat dunia pun percaya jugak dengan ramalan, telekan (sotongan) dan sebagainya ni, ye tak?

bermakna, bukan orang melayu aje, satu dunia ada kelompok manusia yang percayakan benda-benda tahyul macam ni!

apa pun telekan 'paul the sotong' memang tepat! yang hampeh tu, belanda aku kalah! kalau aku ni kaki judi, lantaklah belanda, baik aku pilih spain! kaki judi ni lain cerita, walaupun dia 'mati keras kipas' team lain, demi duit dia bertaruh aje team mana yang dia rasakan menang dan dia boleh dapat duit! peduli apa team feveretnya!

teleken, ramalan, bomoh, nujum, feng shui, nombor, seterika kepala ayam, duit tembaga dan banyaklah lagi 'benda-benda' pelik, semua ini ada kaitannya dengan perjudian! tuah! nasib baik, nasib buruk! dan, begitu ramai manusia yang percaya, dan ada yang menjadi taksub! korang pun sama ke dalam spesis mereka ini?

aku kecik-kecik dulu tak nafikan membesar dalam dunia perjudian! apa taknya, duit raya habis main tikam-tikam! korang tau apa tikam-tikam?! binatang 'tikam-tikam' ni diusahakan orang cina di kawasan setinggan di setapak (ini kalau kat tempat akulah, tempat korang aku tak tau!) mula-mulanya aku yang jadi kaki tikam, asyik kena tikam! tak boleh jadi, aku tukar profesyen, jadi tokeh tikam, hehe, baru dapat menikam!

tikam-tikam ni memang dah dicipta untuk memenangkan tokeh! Budak-budak sekolah macam aku ni dulu, kalau pergi kedai runcit (di sekitar gombak), hampir semua ada jual tikam-tikam! Sekali tikam, lima sen, habuannya... hadiah permainan seperti kamera, kereta bateri, atau sekecil-kecil hadiah gasing plastik ataupun apa saja yang dapat menarik perhatian budak-budak seusia aku yang bersekolah rendah! bila dah besar sikit, mula main tikam-tikam duit! sekali tikam, sepuluh sen dan habuannya dari sekecil sepuluh sen sehinggalah seringgit! dalam kepala masa tu nak menang, kalau nasib baik, tikam sepuluh sen dapat seringgit! tapi, hakikatnya, berapa kali sangatlah aku dapat seringgit tu! seingat aku tak pernah langsung! paling tinggi aku dapat lima puluh sen itu pun setelah berhabisan beringgit-ringgit sepanjang aku menikam itu!

rupa-rupanya, hadiah 'besar' seperti seringgit, ataupun kamera, kereta bateri atau apa saja yang ditawarkan itu memang 'tak' akan boleh menang! kerana tikam-tikam itu telah dirancang rapi, di mana ada nombor rahsia yang tidak dimasukkan ke dalam cabutan dan takkan boleh kena! (tokeh akan diberikan senarai nombor rahsia itu bila membeli set tikam-tikam itu)

rahsia ni aku tau masa aku jadi tokeh tikam-tikam ni yang aku beli di kawasan setinggan itu dengan harga tak silap aku tujuh ringgit! dengan modal ini, aku terpaksa pula membayar sekitar sepuluh ringgit sebagai habuan hadiah mereka yang 'naik' nombornya, dan kautan cabutan aku mampu mendapat sekitar tiga puluh ringgit. ini bermakna, pusing ikut mana pun, aku sebagai tokeh tetap akan untung sekitar tiga belas ringgit! (anggaran kasar sebab aku tak ingat jumlah sebenarnya.)

setiap hari raya menjelang, aku dan beberapa geng kat sekolah dulu akan kumpul duit untuk beli tikam-tikam ni dan geng-geng lain yang penat kumpul duit dari rumah ke rumah akan pasti main tikam-tikam ini dengan hasrat untung besar di hari raya, tapi aku yang akan ketawa besar di akhirnya!

sebenarnya, zaman aku kecik-kecik dulu, tanpa wujudnya internet, facebook, blog, gadget, ps2 dan pelbagai lagi peralatan dan permainan canggih, aku masih dapat rasakan keseronokan zaman kanak-kanak itu!

namun, seperti yang aku bagitau tadi, kehidupan kanak-kanak di zaman aku dulu telah disogokkan dengan judi! apa saja menjadi judi dan pertaruhan! itu lumrah bagi kanak-kanak lelaki pada zaman aku sekitar tahun 70-an!

pernah tak korang main guli kaca? guli ini mudah dibeli di kedai-kedai runcit! di tempat aku, kami akan main arrow! di mana, bentuk panah di lukis di tanah, dan ekornya (sama ada dilukis bulat atau berbentuk ekor panah, akan dilonggokkan guli yang dipasang (dipertaruhkan). manakala di bahagian hujung arrow, sebijik guli diletakkan dan sesiapa yang berjaya melontar tepat sehingga guli itu terkeluar dari bucu arrow akan dikira pemenang dan berjaya memenangi semua guli-guli yang (dipasang) dipertaruhkan itu! seronoknya main guli kaca ini sampai tak ingat makan tengah hari dan kemuncaknya apabila balik rumah lewat maghrib mengira berapa banyak guli kaca yang dimenangi! best kan? paling seronok bila mendengar bunyi guli kaca berlaga dalam poket seluar yang penuh! hm... judi jugak tu!

atau, main gambar layang? tau macam mana nak main? kat sekolah aku dulu, di srjk (i) gombak 2, permainan ini antara yang paling popular di kalangan budak-budak lelaki! kad gambar ini akan dibeli di kedai-kedai runcit, di mana ada mesin slot yang perlu dimasukkan duit sepuluh sen dan diputarkan untuk mengeluarkan 'kad' (sekeping kad keras bersaiz 4" x 3") yang terdapat gambar bendera negara-negara di dunia ini! kalau nasib baik dapatlah chewing gum yang turut sama akan keluar bersama kad gambar itu, namun yang banyak adalah gula-gula batu yang keras dan tak sedap. kiranya siapa yang bernasib baik akan dapatlah mengunyah chewing gum! namun, gambar pada kad keras ini bukan sekadar bendera saja, tetapi ada juga gambar budaya ataupun cara hidup penduduk di negara-negara tersebut! maka, pelbagai bendera negara boleh didapati seperti perancis, itali, belanda, indonesia, china, amerika syarikat, argentina... malaysia pun ada, dan boleh dikatakan seluruh negara di dunia ini boleh didapati dan dicipta dengan begitu kreatif sekali!

kalau dipergunakan dengan betul, kad bendera ini banyak manfaatnya kerana pada gambar-gambar tersebut kita dapat mempelajari budaya ataupun resam hidup penduduk dunia yang lainnya! seingat aku, bendera panama ada gambar penduduk mengusahakan tanaman pisang di mana pisang adalah sumber utama panama pada ketika itu! bukankah ini satu cabang ilmu?!

silapnya, aku dan geng-geng gunakan kad bendera ini sebagai satu permainan yang dinamakan 'gambar layang'. kad bendera itu akan kami layangkan sejauh mungkin di padang sekolah yang maha luas itu, dan kad gambar yang paling jauh sekali akan dapat 'jalan' dulu! kemudian, akan ada pula sekeping kad gambar yang digunakan untuk menindih kad lain yang kami panggil 'batuk'. batuk ni kira kesayangan masing-masing yang akan digunakan untuk menindih kad lawan. pemain perlu melayangkan kad gambar itu pada kad pihak lawan dan jika kad yang dilayangkan itu berjaya menindih kad gambar lawan akan dikira pemenang! jika tidak berjaya menindihnya sekalipun, sekurang-kurangnya, kad gambar yang dilayangkan itu tidak boleh melebihi jarak sejengkal dan masih lagi dikira pemenang! dan... habuannya mengikut jumlah kad gambar yang dipertaruhkan! ada yang 'pasang' tiga, empat, lima, (ikut suka) semua ini bergantung pada perjanjian masing-masing! stimnya mak oi, sama macam main guli kaca, hari dah gelap tak ada matahari barulah balik ke rumah sambil kira berapa banyak kad gambar yang dimenangi! adei mak oi... judi lagi ni!

pendek kata, zaman kanak-kanak aku dulu dipenuhi permainan yang mirip pada perjudian! walaupun tak ada duit dipertaruhkan, namun apa yang aku lakukan dulu, berbentuk pertaruhan yang ala-ala perjudian!

pernah main 'gambar tepuk', main 'selipar' dan sebagainya? selain kad gambar yang besar saiznya, terdapat juga gambar-gambar yang lebih kecil saiznya (2" x 1.5") yang boleh dibeli di kebanyakan kedai-kedai runcit dan terpaksa dikoyak-koyakkan macam setem! Terdapat gambar-gambar superhero terkenal dunia yang pastinya akan menarik minat kanak-kanak macam aku! pelbagai bentuk permainan dan pertaruhan dimainkan! ada 'gambar tepuk', yang ditepuk sama-sama dan mana gambar yang terbalik dikira kalah! atau main 'selipar' di mana selipar digunakan untuk melibas longgokan gambar yang disusun di tanah. dan, pelbagai corak permainan yang lainnya dan dijadikan pertaruhan yang menyeronokkan! dan, adakala boleh menimbulkan pergaduhan....

adakah permainan berbentuk 'judi' begini masih wujud di kalangan kanak-kanak sekarang? setelah guli kaca, guli kapur, guli marmar, guli besi, kad gambar, gambar tepuk, dan banyak lagi permainan ala-ala kampung yang aku pernah lalui itu tiada lagi di zaman ini!

dan, kebiasaannya, sedang asyik bermain itu, datang pulak apek aiskrim yang jual aiskrim potong! korang tau apa aiskrim potong?! ada perisa jagung, durian, kacang merah dan paling popular semestilah kacang merah! maka, berhentilah aku dan geng-geng bermain, meluru pada basikal apek aiskrim yang di belakang peti aiskrimnya itu ada roda putar yang bernombor! setiap kali beli, kami akan dibenarkan memutar roda itu yang ala-ala 'roda impian' dan paling banyak akan dapat sepuluh batang ais krim! maka, berebut-rebutlah kami memutarnya sambil berdoa jarum berhenti pada nombor '10' dan seingat aku, tak seorang pun yang pernah kena sampai sepuluh batang! kalau yang tak puas hati tu, mulalah putar dua tiga kali seorang! macam-macam tarikan ada, yang terpedaya aku dan geng-geng la jugak... yang si apek aiskrim jugak yang untung! judi jugak ni, kan?!

adakah gejala perjudian hari ini yang berleluasa di seluruh dunia, yang digahkan di casino-casino ternama, ataupun judi bermusim seperti judi bola piala dunia yang melonjakkan nama 'sotong paul' (yang begitu popular sekarang ini), juga judi-judi lain yang popular pada masyarakat kita di malaysia ini seperti nombor ekor, mesin kuda, jackpot, big sweep atau bermacam-macam lagi jenis perjudian telah dirancang rapi semenjak zaman aku kanak-kanak dulu lagi?

siapakah yang merancang semua ini?

kita, engkau, aku, nenek aku, atuk aku, bapak korang, orang kapir, orang yahudi? siapa?!

tepuk dada tanya selera!

dan, kalaulah aku menyedari dari zaman aku kanak-kanak dulu lagi yang aku sebenarnya berjudi, maukah aku mengasingkan diri aku dari geng-geng lelaki yang lain di sekolah dan digelar pondan?

korang yang seangkatan dengan aku macam mana pulak?

tepuk dada tanya selera....

3 comments:

peroyz suarez said...

hehhe cerita ko tu mengenangkan aku pada zaman kecik2 aku tapi cerita ni kuar sebab semua team yg ko sokong kalah heheheh sorry bro..tapi paul the sotong telah menjejaskan mentality player belanda ngan ramalannya wkwkw aku rase la..:p

norhayati said...

huhu... citer2 pasal ais krim potong... teringin plak nak makan ais krim! tambah lagi time hujan2 ni... best!!!
pasal belanda kalah ngan spain... mmg tak masuk akal sbb belanda dah bertahan agak lama, minit ke 116 (kalau tak silap) barulah Spain dapat menjaringkan goal. Itupun... sebab pemain belanda dah dapat kad merah, tinggal 9 player dalam padang. bolehlah korang score, kiranya belanda dah pati kaki.
memang tak dapat dinafikan Spain mmg bagus. Tapi.. kalau Spain score awal2 game tak kisahlah... ini dah tambah masa... dah nak habis pun... baru score... mane tak nyer aku ni sbg penyokong belanda terkilan.
patutnya... dah dekat nak habis masa... player2 belanda sumer turun bawah, defend. tak payah naik lagi. frust giler aku...
hmm... takperlah... tunggulah 4 tahun lagi!

MattKota said...

aku teringat zaman aku kecik2 main btg aiskrim tepuk..kalau btg aiskrim aku tindih lawan,aku dapat..tapi judi ke tuh?sebab kebanyakan btg aiskrim tuh aku kutip and cuci bersih2..masa kecik2 mana kisah sgt bab2 kotor ni kan...hahahhaa..selain tu main pemadam gambar bendera negara2 dunia..main tindih gak..berkotak2 bawak balik umah..yg kelakarnya,time exam tak pernah pakai pemadam yg diperjudikan..sanggup beli lain...

Post a Comment