There was an error in this gadget

Sunday, August 8, 2010

tengah siram apa tu, bro?!

macam-macam kerja siram-menyiram ni yang kita sebagai manusia sering lakukan! kalau siram pokok buah dan sayur, itu kerja manfaat! kita jugak nanti yang dapat hasilnya! hehehe!

ada gak manusia yang suka 'siram' manusia lain dengan 'pujian', ha, nak dapatkan sesuatu dari seseorang! kira macam ampu, atau bodek, rasuah, atau yang sejenis dengannyalah yang niat kalau dah 'siram' tu, nanti dapatlah imbuhan!

dan, macam aku, aku selalu siram bini aku... (hah mulalah ingat aku nak cakap pasal aksi khutbah 'malam' jumaat) taklah, siram dengan kasih sayang dan cinta! kehkehkeh! tak lupa jugak aku siramkan sekali air kat 'pasu kecik' bini aku tu, huhuhu! nak collect pahala sunat, bro!

hm, korang bila last sekali buat kerja siram-menyiram ni?! dan, siraman jenis apa yang korang lakukan?! remaja hari ni ramai yang siram bazir-bazir, buang-buang je benih! kaedah tangan pun boleh siram jugak, dan... pastinya lebih mulia dari siram 'rumput hitam' kat 'pasu kecik' tu, hm... macam-macam....

ramadhan dah nak datang, (musim kumpul pahala untuk cover dosa silam) tinggal berapa hari je lagi! lepas habis ramadhan, orang islam meraikan syawal.

dan, inilah yang aku nak ceritakan pada korang tentang apa yang aku lihat selama aku hidup dari zaman kanak-kanak sampai sekarang ni!

kat tempat aku, kat kawasan perkuburan taman ibu kota (tempat arwah nenek dan datuk belah mak aku disemadikan), setiap tiba syawal pertama, awal-awal pagi yang hening, berderet-deret orang jual bunga! siap bukak meja! alamak?! boleh gitu? macam pesta pulak aku tengok! sampaikan bini aku masa mula-mula kawin dengan aku dulu naik heran!

aku pun yang tak sempat beli bunga, terpaksalah beli bunga (harga agak mahal) untuk aku taburkan di pusara datuk dan nenek aku tu!

masa arwah abah aku meninggal dunia kira-kira empat lima tahun silam, dia selalu cakap, (semasa hidupnya) kalau nanti dia dah meninggal dunia, kubur buat biasa-biasa aje, janji ada tanda, tak payah buat dua tingkat, tak payah pagar, tak payah marmar yang mahal-mahal!

aku pernah singgah di kawasan perkuburan bukit kiara, huh, dah macam masuk kawasan perkuburan elit! kuburnya luas, marmar mahal, ada pagar, ada lanskap, memang cantik! dan, di kawasan perkuburan taman ibu kota pun, sekarang memang dah ada kubur-kubur mewah begini!

inilah lambang kasih sayang keluarga, anak bini, dan mungkin adik-beradik lainnya yang hidup pun dah senang! kalau kereta mewah boleh beli lima enam bijik, banglo empat lima tingkat, takkanlah kubur mak atau bapak tak boleh yang mahal-mahal, yang bertingkat-tingkat, ye tak?!

dan, pada pagi syawal yang kudus, berduyun-duyunlah ahli keluarga yang berpakaian indah (sebab lepas ni nak hadiri rumah terbuka menteri) datang menziarahi pusara ibunda ataupun ayahanda tercinta! masa nak masuk kubur tu, siap ada paveway, kena bukak pagar, cuma tak ada air terjun buatan dan kolam ikan kap aje lagi! (tak taulah sepuluh tahun akan datang kalau dah jadi trend)!

dan, bergilir-gilirlah anak-anak, menantu, cucu-cucu yang menyiramkan 'air wangi' berserta bunga-bungaan segar ke dada pusara yang cantik siap ada rumput karpet itu.

apa yang mak bapak korang kat dalam tu dapat? minum air wangi? makan bunga segar? burp... sendawa kekenyangan?

teringat pesan arwah abah (ini bapak tiri aku yang jaga aku macam anak kandung dia). dan, bapak kandung aku masih sihat, walaupun dah 74 tahun umur dia, dan aku selalu jenguk bapak kat beserah, kuantan! seronok sembang dengan bapak, cerita tentang kehidupan dan masa depan! okeylah, lain kali aku cerita pulak pasal bapak kandung aku ni, okey! pun 'best' gak kisah aku dengan bapak aku ni!

ops, mana aku berhenti tadi?! hm, pasal pesanan arwah abah! abah aku kata, bila kita mati, setiap hari khamis malam jumaat, kita ni dapat keluar dari liang lahad, bawak karung (macam santa claus), nak mintak bekalan! pada siapa? tentulah pada anak-anak yang salih, bini (kalau bini tak kawin lain) adik-beradik, kawan dan taulan, bisnes partner atau siapa ajelah!

bila dengar anak-anak, bini (atau bini-binis) bacakan yasin untuk disedekahkan pada kita, hm, maka lebarlah senyuman. nanti bila dah masuk pukul dua belas, bila hari jumaat dah muncul, bila masuk balik ke dalam liang lahad, hm... (untuk stok minggu ni) adalah sedikit 'bekalan' untuk perhitungan di padang masyar, kelak! penuhlah karung yang kita bawak tu! inilah yang boleh dikatakan saban minggu, setiap hari khamis malam jumaat, kita menunggu anak-anak, bini-binis hantarkan 'bekalan'!

tapi... masalahnya, ada ke anak-anak, bini-binis yang dulu dapat gelang sampai lengan, beg lv dan gucci, kereta sport bukak bumbung... hantarkan bekalan setiap hari khamis malam jumaat! dulu masa hidup pantang hari khamis malam jumaat, tak lupa kita bagi dia 'bekalan', betul tak?! tak acilah macam ni! bekalan dia, dia nak, bekalan untuk kita, buat-buat lupa la pulak!

anak-anak terutamanya, yang dah kaya-raya, yang kita hantar belajar sampai ke harvard, oxford, um, uitm, dan macam-macam jenis u... dah jadi jutawan, menteri, sudi ke diorang ni hantar 'bekalan' kat kita setiap hari khamis malam jumaat! yang pasti, diorang kat dunia tu, bagi 'bekalan' kat bini setiap hari khamis malam jumaat! adei! untuk bini tak lupa! maka, hampalah kita, kosonglah 'karung' kita tu, sedih dan longlai aje bila melangkah masuk ke dalam liang lahad kita tu! berdoa kat allah, agar minggu depan dibukakan hati anak-anak untuk hantarkan bekalan!

tapi, sampai bila? sampai diorang pulak mampos! dan, begitulah kitaran hidup kita ni sehinggalah ke hari akhirat, tatkala seruling sangkakala ditiupkan memusnahkan alam maya, dan kita bangkit dari kubur bertelanjang bulat!

eh, mana pulak pergi kain kapan aku ni?! patutnya ada, anak aku beli jenis lv ke gucci, tak ingat, tapi kain kapan ada jenama jugaklah! ha, mampos! kahkahkah! keluar aje dari kubur, mata silau, silap-silap cair sebab matahari rupa-rupanya betul-betul atas kepala....

masa nilah kita menggagau cari 'karung', mengira 'bekalan' yang ada, penuh ke, separuh penuh ke, tak ada langsung ke, hm, 'bekalan' dalam 'karung' korang tu ajelah yang sangat-sangat bernilai pada masa itu....

jadi, pendek kata fahamlah aku apa yang arwah abah aku nak! tak payahlah siram kubur dia setiap pagi syawal, tabur bunga-bunga segar, tak payahlah buat lanskap atau air terjun buatan dengan ikan kap kat kubur dia tu! tak payahlah asyik bagi 'bekalan' kat bini aje bila tiba hari khamis malam jumaat, spare sikit untuk 'bekalan' dia jugak! memadai dengan membaca yasin setiap hari khamis malam jumaat! jadilah 'anak-anak' yang salih! ingat jasa mak bapak membesarkan korang!

dan, selebihnya, pahala, amalan, sedekah jariah korang yang akan penuhkan karung masing-masing!

allahualam!

5 comments:

Fatma Shada said...

thanks che diat.. post2 yg memberi kesedaran mcm ni sgt2 dialu2kan...

Alhamdulillah~

Anonymous said...

kubur mmg xley dihias2 cantik bertingkat2 marmar berpagar2 bagai! Memadai dengan letak tanda di atas kubur. Ada hukumnya tuh. Mungkin boley tny pada ustaz2 atau org yg arif.

dina said...

doa anak2 yang soleh tu penting, bukan je setiap malam jumaat, kalau boleh setiap lepas solat sedekahkan fatihah, itulah 'makanan' bagi arwah...

nizakamal said...

menginsafkan..tq..:)

Anonymous said...

tq...same2 jdkan ingatan dan amalan-liizs

Post a Comment