Sunday, August 22, 2010

aku yang korang tak kenal sangat....

...ini sebenarnya bukanlah terer mana pun! aku ni biasa-biasa aje! mungkin sebab nama aku yang unik, sebab tu korang semua senang nak ingat! kan?! aku dah 'layu', maksud aku, bukanlah trangtangtang lagi! terus terang, aku tak nak hipokrit, aku dah tak ada teruna! tapi, aku ada tiga peluang lagi untuk pinjamkan diri aku ni pada para gadis! (tapi sumpah, aku tak nak!) hal ni aku dah bagitau kat bini aku dah! aku cakap dengan dia, awak jangan risau, saya untuk awak sorang! (masa aku cakap ni aku toleh tempat lain tak pandang pun mata dia) Aku tau, aku hampakan ramai gadis, tapi apakan daya, sudah suratan, aku tak mampu memenuhi hasrat korang semua, ye gadis-gadis! maafkan aku sekali lagi! aku tau kehampaan yang korang semua rasakan! i'm sori!

bukan saja aku ni dah layu, dah tahap lunyai, anak pun dah berderet! tiga puteri dan seekor jantan! masa kali pertama aku dengar aishah menangis empat belas tahun dulu, aku terkedu! bait-bait biasa yang aku dengar:

'tahniah, kau sekarang ni dah jadi seorang bapak! hm, tanggungjawab kau dah besar! ha, kau dah ada permata yang nak doakan kau masa kau mati nanti.'

...dan... banyak lagi!

tapi, bukan itu sebenarnya perasaan yang aku rasakan! aku sekadar meragui diri aku, mampu tak aku jadi bapak? bapak ni macam mana? besarkan anak-anak, bagi nafkah, bagi nama, pinjamkan nama kita untuk anak pakai kat belakang bin atau binti! ini aje? tak semudah tu! sebab, kita hanya merancang, tu... (dongak sikit) ...bos yang kat atas langit tu yang tentukan! allah yang akan putuskan corak hidup kita! dan, macam aku ni, telah tertulis dalam qada dan qadar aku masa sebelum azali lagi yang aku akan tiada kasih sayang bapak masa usia aku dua tahun!

perceraian berlaku! bukan salah mak, bukan salah bapak! takdir allah yang menentukan begitu! mak aku pun cakap macam tu! bapak aku tak pernah salah! tapi, dah tak ada jodoh mereka! aku tak faham pun! yang aku tau, makan minum aku cukup, mintak mainan dapat, kita okeylah tu! lantak koranglah nak cerai ke, berai ke, perai ke, aku apa peduli?

sampailah aku besar, aku tak pernah kisah! aku tak pernah rasa sedih sebab umur aku masa tu baru dua tahun, tak faham apa-apa pun, aku tak pernah tau apa itu perceraian, dan apa impaknya untuk seorang kanak-kanak kecil yang tak ada kasih sayang bapak!

lagipun, mak aku tak pernah ajar aku benci bapak, dendam bapak, cakap bapak ni zalim dan sebagainya! mak aku tak pernah cerita apa-apa pun sampailah sekarang! dan, dua-dua mereka pun masih hidup, masih ada lagi mak dengan bapak aku! masih kuat, masih ada kudrat, walaupun usia mereka dah masuk tujuh abad!

tapi, masa aishah dilahirkan, aku tanya diri aku? kau sanggup biarkan anak kecil ini yang tapak kakinya besar dua jari kau ini, terabai? campak kat tong sampah macam apa yang menjadi trend hari ini?

untuk aishah a.k.a aca koca, papa nak bagitau, masa aishah lahir dulu, papa rasa hidup papa ni macam ada pelangi kat depan mata! semuanya indah! bila aishah menangis, bila papa cebuk taik aishah yang bau busuk tak ingat tu, bila aishah demam papa cucuk bontot dengan paracetamol, dan percayalah, (untuk semua bapak-bapak) seorang anak ini kalau siapa yang dah jadi bapak, merupakan sesuatu yang sangat indah yang aku sendiri tak tau nak huraikan macam mana dengan kata-kata?!

lepas aishah, lahir pulak athirah, yang aku dengan bini aku panggil 'rinting', sebab rambut dia sebijik macam afro david arumugam! bini aku dah panik dah!

'masak kita, wak, kalau besar nanti, sure kos tinggi asyik nak buat rebonding! bukan murah!'

dahlah tu pulak, kerjanya siang malam asyik menangis. dua puluh empat jam asal mata bukak! pernah aku dengan bini aku pergi ke jb, start kereta dari kl, sampailah turun jb, athirah menangis, boleh?! nasib tak aku humban aje kat tong sampah!

nombor tiga anisah, a.k.a kaduk! ini pun peel sama aje dengan rinting, menangis tak hengat! sebab, kaduk ni maid in indonesia aku yang jaga! dah asyik bergulung dalam kain gantung (indon stail), dunia ni bagi dia adalah sesuatu yang menakutkan! asal keluar dari dalam kain gantung tu, dia akan meraung! aduh, ini pun ada ciri-ciri nak kena buang tong sampah jugak!

last but not least, hehe! (tapi bini aku kata, kilang dah tutup) akhirnya, aku dapat anak jantan! (satu-satunya) yang namanya adam adiat akashah a.k.a kote! sori ek?! sebab dia ni umur tiga hari dah khatan! so, nama paling dekat, kote la! (tak caya tanyalah dia)

jalinan-jalinan hidup yang aku lalui inilah yang mendewasan aku hari ini! yang allah susunkan sebegitu indah! yang aku pelajari setiap detik dan saat, bahawa setiap satu kejadian itu ada hikmahnya! percayalah....

kerana perceraian mak dengan bapak aku, aku dikurniakan tiga lelaki 'agung' dalam hidup aku! yang membentuk aku menjadi aku pada hari ini! lelaki 'agung' yang pertama muncul dalam hidup aku; marwilis, adik bongsu mak aku, yang aku panggil busu; menjadi guru aku yang mencucuk bijik mata aku ini hanya sebab aku salah buat matematik! tempeleng aku bila aku salah congak! terajang aku bila aku lupa 16 darab 16 berapa?! ketuk kepala aku bila aku tak tau apa makna leopard! (gila apa orang tua ni, aku darjah dua dia suruh aku baca buku tingkatan 1 oxford) manalah aku tau apa benda leopard tu! sampai hari ni aku takkan lupa macam mana aku kena hempuk kat kepala dan kena humban kat dalam bilik yang gelap sebab aku tak tau apa benda binatang leopard tu! sampai aku fobia dengan bunyi volkswagen kura-kura (wak segan) sebab setiap petang lepas dia balik kerja (berlagak dengan kereta 'wak segan' dia tu), dia takkan lupa datang rumah arwah nenek aku untuk ajar aku tentang ilmu dunia untuk jadi manusia berguna! pasal dia aku berjaya dan reti mengira!

mak aku kawin kali kedua masa umur aku tiga tahun! (rasanya kalau tak silap?) dan aku mula membesar dengan seorang lagi lelaki 'agung' bernama mohamed arshad! bapak tiri aku yang ajar aku untuk jadi manusia! bila aku mintak ayam sabung, dia bawak baka dari pengkalan cepa, dia kata ini baka champion! aku suka! sure ranap ayam-ayam satu kampung gombak setia tu ayam sabung champion aku ni kerjakan! tapi, dia cakap, jangan laga ayam! berdosa! seksa haiwan! la, gilo apo? ayam sabung untuk disabungkanlah! kalau macam tu baik bagi aku ayam daging aja! dah tentu ayam daging untuk kita makan dagingnya! dia nilah yang ajar aku kenal apa itu sembahyang! bila aku mintak satu basikal racing baik punya jenis raleigh, dia kata no problem! aku suka! tapi, hafal yasin dulu, itu syaratnya!

'hafal yasin, kalau hafal nanti, abah beli!' senyum je dia jawab!

naik juling mata aku siang malam hafal yasin sebab nak basikal racing! sampai tiga suku yasin aku hafal! tapi, bila aku naik tingkatan satu, masuk atdi (asrama tun dr ismail) basikal racing entah ke mana, yasin yang aku hafal tiga suku pun entah ke mana, terus jadikan aku tiga suku! akhirnya, kalau nak baca yasin kena pakai buku!

lelaki 'agung' ketiga yang mewarnai hidup aku, dah tentulah bapak kandung aku! kalau lelaki ni tak ada, aku pun tak ada! dia pinjamkan diri dia kat mak aku, dan lahirlah dua baka dari dia! aku nombor dua! yang sulung abang aku! abang aku tu pun alhamdulillah, hidupnya kini tersangat-sangat-sangat bahagia! tak perlu susah payah patuh hukum allah, tapi dah masuk syurga! sekolah tak pergi, sembahyang tak pernah, kawin tak pernah, apa pun tak pernah, tapi masuk syurga! abang aku ni di usianya satu hari dah dibawa malaikat terbang ke syurga! mak aku cakap, masa dia lahir tak cukup bulan, baru masuk tujuh, umur pendek, kebumi pun kat belakang rumah arwah nenek aku aje. maka, kekallah aku menjadi king! the only one!

jadi, aku faham apa itu qada dan qadar! kita ni semua hanya boleh merancang, allah yang tentukan! macam aku, walaupun kehidupan aku kalau dilihat dari sudut moral, aku seorang anak yang tunggang-langgang, tapi hakikatnya aku ada tiga benteng utama yang menjadikan aku macam aku hari ini! dengan tiga lelaki inilah aku membina satu perisai yang utuh!

baru-baru ni, masa piala dunia, aku dengan bini dan anak-anak pergi ke kuantan, (bapak aku tinggal di beserah), lepak dengan bapak, siap layan perancis lawan afrika selatan (team france aku kalah, hampeh), anak-anak aku berlingkar dengan 'tuk ki' (panggilan mereka pada bapak aku) sambil aku dengan bapak bercerita tentang kehidupan! dan, kalaulah bukan lelaki ini, aku tak kenal matahari! korang pun tak dapatlah tengok lagenda budak setan kat pawagam (padan muka)

dan, sebagai bapak, dia mewariskan pada aku penyakit gout-nya! haha! like father, like son! aku bersyukur, di saat-saat aku jugak menjadi seorang bapak, aku masih ada seorang bapak yang dapat aku kongsikan sesuatu yang berharga daripadanya, nasihat, pedoman, renungan, dan segala apa jua tentang kehidupan yang sedang aku lalui ini! bapak, dengan kata-katanya, telah menjadikan aku 'a better man' setiap minit!

untuk tiga lelaki agung, terima kasih kerana korang telah mengagungkan setiap detik kehidupan aku....

5 comments:

cry reen said...

life..
how sweet..
*thumbs up*

^t-rah^ (@_@) said...

saya sentiasa mencintai karya2 abg... dapat bc blog abg rasa mcm dapat bc novel abg....thanx a lot....

MattKota said...

boss,adam punya nickname terbaek! patutkah dijadikan tajuk novel akan dtg? "kote"..

PencariCahaya said...
This comment has been removed by the author.
PencariCahaya said...

Terbaekkk!! Em, 1 permintaan saya peminat yang tak seberapa ni. Nanti tukarlah nama panggilan anak lelaki abg diat tu..panggil lain. Nanti dah besar malu lak dia..huhu..

Post a Comment