Sunday, August 8, 2010

di manakah letaknya syurga?

tanya kat anak jantan aku dia pun tau! sure dia jawab ada kat atas langit sebab aku yang bagitau dia macam tu! tetapi, di mana sebenar letaknya syurga itu?

aku ada benda nak share dengan korang pasal lokasi syurga ini! semenjak aku muflis ni, dah jatuh tersungkur, hidup aku biasa-biasa ajer! ramai yang kutuk, ngumpat, caci... padan muka bankrap, suruh bagi telur makan kambing pasal tak bayar nafkah anak... dan macam-macam lagilah! ala biasa la tu! aku nak marah pun, bukannya diorang tu kenal aku, bukannya diorang tau pun kehidupan seharian aku ni macam mana? so, apa yang terbaik aku buat, baiklah aku tidur dari buat dosa! lama aku tidur, tak tulis apa-apa sebab idea aku turut muflis sama! novel baru dah dekat tiga tahun tak keluar! janji aje kat peminat konon ada yang baru! hampeh jer yang ada! hahaha!

baru-baru ni aku 'terjaga' dari 'tidur' yang panjang, berjinak-jinak buat blog giler yang merepek meraban ni! nak cuba asah balik skil-skil penulisan aku yang lama dah berkarat! kebetulan pulak, novel pertama aku yang 25 tahun dulu aku tulis, diangkat ke layar perak! alhamdulillah, allah letupkan filem lbs kat panggung, dan gahlah nama aku (semula) di serata suratkhabar dan tv (macamlah aku ni produser yang dapat duit juta-juta tu). sebelum ni 'gah' jugak kat akhbar, tapi pasal keanjingan aku yang tak bayar nafkah anak! adush! ada gak mamat budiman nama syd yang selalu pesan aku dalam blog dia suruh bagi makan telur aku ni kat kambing! kalau tuan syd baca blog ni, e-mail aku ye, nak pass telur aku ni kat dia sebab dia mungkin tau kambing mana yang nakkan telur aku ni! hihihi!

allah ni sayang aku agaknya, bagi jatuh (mungkin nak bagi aku ingat kat dia) lepas tu bangunkan aku sikit! lepas tu, bagi lagi dugaan! disebabkan nama aku gah di akhbar berkaitan filem lbs, ramai yang ingat aku ni dah kaya-raya! hahaha! masinlah mulut korang yang kata aku ni kaya-raya tu (mudah-mudahan jadi kenyataan, amin)! teringat beberapa tahun silam masa bini aku usahakan publisher yang terbitkan novel-novel 'lapuk' aku termasuklah lbs! alhamdulillah, tulang empat kerat bini aku itulah yang bertungkus lumus menaikkan nama roket kertas! semua usaha dia (itu pun ada yang pertikai kononnya dia tak layak sebab tak habiskan pengajiannya di uitm dan hanya anak kepada pemandu van kfc)! kan ke munafik tuduhan tu! sia-sia ajelah bini aku tu bingkaikan 'diploma pengajian perniagaan' yang diterimanya pada 21 jun 2001 dari 'uitm' kat dinding. berkat usaha, dia jalankan bisnes penerbitan novel dan dapatlah aku dan anak-anak tumpang rezeki dia! dulu, bila bini aku beranak, aku sediakan tempat istimewa, kelas satu untuk dia sebab keselesaan amat penting untuknya. samalah jugak bila anak-anak aku masuk hospital, semua aku pastikan masuk wad istimewa, bilik sorang!

dan, masa nilah allah duga lagi bini aku berserta aku dan anak-anak aku sekali! kawan baik (dah macam sedara dah pun), sama sekolah, sama asrama, sama-sama berkhatan, berkhatam, yang bini aku bagi kepercayaan uruskan pengedaran, dah kencing baik punya... sampailah bini aku terlungkup... seret kad kredit nak tampung hidup! allah maha besar! adalah yang dia nak bagitau aku dan bini aku, mungkin nak ajak kami berdua lebih dekat pada dia! thanks allah! love you!

korang tau tak, (masa ni bisnes bini aku dah tergolek dah) time aku kena masuk hospital (awal tahun 2009 dulu) sebab gout yang serang aku tahap 'cipan parah gaban' (tahap kesakitan gout tertinggi) sampai tak boleh berjalan, aku masuk hukm aje! malu?! ahadiat akashah penulis novel tersohor masuk hukm wad biasa 'ortopedik' yang katil terbuka dan penuh pesakit (semua lelaki, perempuan wad lain)! siap semua nurse, doktor, juga pesakit yang ada kat situ kenal aku! siap datang seorang anak muda yang kudung kedua belah kaki, berkerusi roda menjenguk kat katil aku yang terletak di hujung depan tandas berkata: 'abang ni... abang ahadiat penulis tu, kan?'
takkanlah aku nak kata tak sedangkan nama aku besar kat kepala katil! perlahan-lahan aku angguk dan senyum!
'saya ni dulu bang, masa belajar, cukup minat dengan novel-novel abang... sampai sekarang!'
air mata mulalah nak jatuh! ada gak orang yang hargai karya-karya 'sampah' aku ni ye?!
'kenapa kaki kau tu?' penuh simpati aku renung anak matanya yang tampak kental dan gagah walaupun kedua belah kaki tiada!
'masa saya cuti sem, beberapa tahun lepas... saya bawak motor, orang langgar... dulu dah potong sebelah!'
'o... lama dah kau accident?'
'lama dah... saya dah kerja pun... ni masuk wad ni pun....' telan liur dan merenung lantai! '...sebab potong yang lagi sebelah ni!'
terus aku renung kedua belah kaki aku yang bengkak semua jari, kepala lutut, buku lali... yang menyebabkan aku nak pijak lantai pun menjerit! at least aku ada lagi dua-dua kaki! walaupun aku sakit, gout teruk, jalan tak boleh, aku masih ada dua kaki! dua kaki ada lagi!!! bersyukur diat, bersyukur pada allah! alhamdulillah!

sebenarnya, doktor pakar kat hukm ni member baik aku geng harley. doktor faizi namanya! dia yang uruskan kemasukan aku ke sini di atas paksaan kawan-kawan yang prihatin; abang pen, lan ayam, cikgu... serta geng-geng lain yang datang lawat aku! mula-mula masuk dulu pun, aku dah bisik dah kat dr. faizi mintak bilik sorang, dia cakap buat masa ni penuh, nanti kalau ada kosong, dia alihkan! malu beb duduk open ward atas nama ahadiat akashah. jatuh standard!

malam pertama aku tinggal kat wad, bini aku tidur sebelah! jaga aku! bila aku nak kencing, bini aku tulah yang tadahkan plastik, aku siram kat situ aje (tak larat nak jalan pergi toilet, bro), basuh berak aku yang hitam bau 'alanala' punya busuk, suapkan aku makan dan layan kerenah aku yang mengada-ngada! nurse kata dia boleh cucikan taik, no hal, gila apa, telur aku (yang syd mintak untuk kambing tu) terus masuk ke dalam bila bayangkan nurse raba-raba bontot aku tu cuci taik! aku terus reject pelawaan murni itu! bini aku dah senyum simpul dah, lepas tugas cuci taik, tapi... bila aku reject terus mencuka sebab dia jugak yang nak kena basuhkan! kahkahkah! padan muka kau!

korang tau tak apa yang berlaku setiap malam kat wad ortopedik hukm? korang tau tak ortopedik tu apa?! kat sinilah terkumpulnya para pesakit yang mempunyai masalah tulang-temulang! yang accident kaki atau tangan hancur, yang kencing manis, yang terkehel, yang itu dan yang ini! kebanyakannya, adalah pesakit kencing manis yang nak kena potong kaki. malam pertama aku tak boleh tidur sebab aku dengar rintihan, jeritan, tangisan dan pelbagai kesayuan yang buatkan aku insaf untuk seketika! ramailah geng wad aku yang sebelumnya aku jumpa ada kaki, lepas tu tak ada kaki! kejap ada, kejap tak ada! muka diorang lepas kena potong kaki (aku telan liur keinsafan melihat kesayuan itu), huh, kau bayangkanlah bila kau nak jalan terus letak kaki lepas tu jalan, yang diorang dah kena potong tu nak letak apa? kepala? tangan?

aku bersyukur diletakkan dalam wad itu! bila hari keempat dr. faizi kata bilik sorang dah ada kosong, aku kata no! aku nak tinggal kat wad terbuka ni! tiga minggu aku dalam wad ortopedik hukm, dan ramailah insan-insan hamba allah yang dulu lahir cukup sifat dah tak ada kaki! nauzubillah! aku selalu renung kaki aku tu! kaki tulah dulu yang tak pijak masjid! lari mengaji! kaki tu jugaklah dulu yang bila pergi terawih, lari dengan kawan-kawan main bunga api, bila terawih nak habis pura-pura khusyuk sembahyang! kaki tulah yang kangkangkan orang masa main bola. kahkahkah! kaki tulah yang bawak aku ke sana, dan ke sini, juga tempat-tempat tak elok, aduh!

walaupun kau ni kaki... selalu bawak aku ke tempat-tempat yang tak berfaedah, aku tetap sayangkan kau kaki! sayang sangat! tak sanggup untuk aku berpisah! pada allah aku merayu, ya, allah, nauzubillah! biarlah aku mati cukup sifat sebagaimana aku dilahirkan! bersyukurlah kita, walaupun kita ni miskin, kita tak ada ferrari, tak ada rumah mewah, rumah tak siap, bumbung macam rumah hantu, tapi kita cukup sifat dan sihat! ada dua-dua kaki....

kau tau kenapa aku cerita pasal kaki? ngok! sebab di bawak telapak kakilah terletaknya syurga, bodoh! aku teringat macam mana dulu aku kecik-kecik selalu buatkan mak aku marah! padahal, kat bawak telapak kaki dialah letaknya syurga aku! dan, aku takkan sia-siakan bini aku (yang jaga aku masa sakit dan hiburkan aku dengan 'aksi' selepas khutbah 'malam' jumaat), apatah lagi untuk sakitkan hati dia, sebab, di bawah telapak kaki dialah, syurga untuk anak-anak aku! mak, maafkan aku ni, aku tak nak buat mak nangis lagi, walaupun tapak kaki mak tu kecik je untuk aku masuk, tapi, di situlah syurga aku! dan pada anak-anak, jangan sakitkan hati bini aku ni, kat bawah kaki mama ni... ada syurga korang! paham! sure adamboy bingung, dulu papa kata syurga kat atas langit?! hehe, apa aku nak jawab?!

kalau korang ada dosa dengan mak, curang dengan bini, cepat-cepat beristighfar, bawah kaki diorang tu ada syurga! jangan main-main!

dan, tak dapat aku bayangkan di dalam wad ortopedik wanita, pesakit wanita yang dipotong kakinya, mana pulak letaknya syurga untuk anak-anak mereka tu ye?!

9 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah
teruskan merepek
repekan yang menginsafkan =)

Anonymous said...

hmmmm...repekan adiat ni memberikn aku bermcm perasaan....kelakar...kebenaran & keinsafan...teruskan...i follow u...

Hanim said...

always support ahadiat akashah..walaupun dia merepek..

i am Naa... said...

luv tis posting yang penuh kejujuran....Go abg diat...

Anonymous said...

repekan abg AA wpon selekeh tapi menghiburkan....inlah dikatakan bakat enulisan yg sebenar....wpon penulisan yg penuh merepek tapi disitu terselit keindahannye....

dina said...

Inchek, saya memang kipas susah mati Inchek sejak saya baca novel Budak Setan tahun 1992... jatuh bgn Inchek saya baca di dada2 akhbar, saya tau walau apapun yg jadi pada Inchek, itu semua adalah ujian! Semangat dan pengorbanan Inchek dan cik Puan Yati, membuatkan saya respek kat kalian... Saya tak kisah inchek muflis ke benkrap ke, tak ensem ke, tak leh jalan ke, janji Bro AA tetap dihatiku (itu le yg selalu saya ucapkan kat kengkwn)... saya sentiasa menanti karya2 inchek...

Anonymous said...

u're truly sincere la bro..teruskan perjuanganmu..agak2 klu jadik politician pun org leh makan dgn penulisan bro...tulus dan mulus..

^t-rah^ (@_@) said...

=).. kamu sentiasa di hatiku......

Anonymous said...

Merepek ada mesej.

Post a Comment